Permohonan Kemasukan Secara Online     ||      Semak Status Permohonan

Tentang FKMPT @ TATIUC

FKMPT menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif, tenaga pengajar yang mahir, kumpulan sokongan rakan sebaya dan penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran untuk memastikan pelajar dapat mencapai potensi diri masing-masing. Falsafah pendidikan FKMPT yang holistik memastikan bukan sahaja pelajar bersedia dari segi kemahiran, malah berketerampilan tinggi apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Tenaga Pengajar dan Pelajar FKMPT telah membuktikan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kepakaran masing-masing melalui penglibatan dalam aktiviti diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.Kami bukan sahaja akan menunjukkan jalan untuk mencapai cita-cita anda, malah akan menghulurkan tangan untuk membimbing - marilah kita tempuhi perjalanan ini bersama, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Panorama 360 FKMPT @ TATIUC