DARI MEJA DEKAN

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK), TATIUC. Fakulti ini dahulunya dikenali sebagai Jabatan Ijazah yang mengendalikan program kejuruteraan kimia sejak tahun 1997. Pada 1 September 2007, fakulti ini telah ditubuhkan secara rasminya hasil naiktaraf Terengganu Advanced Technical Institute (TATI) kepada TATI University College (TATIUC). Sekarang ini, FTKK terdiri daripada dua jabatan iaitu: Jabatan Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Jabatan Teknologi Kejuruteraan Polimer. Visi kami adalah selaras dengan salah satu misi TATIUC, iaitu untuk menghasilkan teknokrat yang berkemahiran tinggi, beretika dan professional dengan teknologi terkini.

Sebagai sebuah fakulti di sebuah institusi pengajian tinggi yang melaksanakan program Technical Vocational Education and Training (TVET), FTKK bersedia membentuk dan mencorak pelajar supaya menjadi graduan berkemahiran yang berfikiran kritis, kreatif dan berdaya saing serta bersedia untuk menghadapi pasaran kerja atau melanjutkan pengajian ke peringkat pascasiswazah. Pengetahuan dan kemahiran disampaikan kepada pelajar oleh pegawai akademik yang terlatih dan berpengalaman, menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan efektif serta disokong oleh kemudahan yang sesuai untuk mengasah kemahiran.

Walaupun penekanan diberikan kepada program TVET, penyelidikan yang dijalankan di fakulti juga semakin mendapat pengiktirafan kerana pada setiap tahun terdapat pegawai akademik yang berjaya menerbitkan artikel penyelidikan di dalam jurnal yang berimpak tinggi. Selain itu, FTKK juga merupakan penerima geran penyelidikan yang terbesar di TATIUC.

Pihak fakulti akan sentiasa bersedia untuk membantu dan membimbing para pelajar dalam memastikan mereka bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

Terima kasih kerana melawati laman web kami.

 

Azharin Shah b Abd Aziz
Dekan
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK), TATIUC