LATAR BELAKANG

latarbelakang

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK) telah ditubuhkan pada September 2007 selari dengan penaiktarafan TATI ke TATIUC. Dahulunya dikenali sebagai Jabatan Program Ijazah yang mengendalikan program ijazah UTM-TATI, kini FTKK mempunyai 2 jabatan iaitu Jabatan Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Jabatan Teknologi Kejuruteraan Polimer.

Objektif FTKK adalah untuk memenuhi keperluan industri yang pesat sama ada dalam atau luar negara serta melahirkan modal insan yag mahir dalam industri kimia, polimer, petrokimia, minyak dan gas. Bersesuaian dengan visi kerajaan untuk membawa gelombang perubahan di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia melalui Rancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), penawaran kursus ini dilihat sangat releven berdasarkan lokasi strategik kampus TATiUC yang terletak di antara Kerteh dan Gebeng yang merupakan kawasan industri ECER untuk industri minyak, gas dan petrokimia.

Ini akan dapat merealisasikan pelan kerajaan untuk membawa angin perubahan melalui pembangunan yang unik, dinamik dan berdaya saing di Pantai Timur umumnya dan di Terengganu khasnya melalui projek dan inisiatif berimpak tinggi. Harus diingat, Wilayah Pembangunan Iskandar sedang mengalami pembangunan pesat untuk projek di Tanjung Langsat, Tanjung Bin dan Pengerang yang mana ketiga-tiga projek ini dilihat dapat memberi impak yang tinggi serta banyak peluang pekerjaan.

FTKK juga disokong oleh pensyarah-pensyarah yang mahir dan komited. Setiap pensyarah mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang masing-masing dan mempunyai pengalaman berkerja di industri. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di FTKK merangkumi 70% praktikal (hands-on) dan 30% teori. Ini lebih berkesan untuk diaplikasikan dalam bidang industri. Hubungan FTKK bersama rakan akademik dan industri yang erat menjadi platform untuk memantapkan lagi program-program yang ditawarkan serta menambahkan lagi peuang perkerjaan pelajar setelah tamat pengajian kelak