Objektif Kualiti Akademik

Pembangunan Program
Memastikan semua program yang ditawarkan di TATIUC telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Memastikan perancangan mengajar yang diedarkan kepada pelajar adalah 100% berdasarkan silibus yang telah mendapat kelulusan KPT dan perancangannya dipatuhi oleh pensyarah sepenuhnya.

Pencapaian Prestasi Akademik
Memastikan kelulusan peperiksaan tidak kurang daripada 90% untuk setiap kursus yang ditawarkan.

Memastikan pencapaian 90% pelajar mendapat purata mata terkumpul (CPA) 2.5 dan ke atas bagi setiap semester.

Kepuasan Pelanggan
Memastikan hasil kajian kepuasan pelanggan menunjukkan sekurang-kurangnya 85% pelajar dan kakitangan berpuas hati dengan perkhimatan dan kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh fakulti/pusat pengajian/jabatan.

Memastikan semua pensyarah mendapat skor 4 dan ke atas di dalam kajiselidik Persepsi Pelajar Terhadap Prestasi Pengajaran Pensyarah/Pengajar bagi setiap semester.