Alumni Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

Abdul Khafid b. Ismail
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Perkakasan) - BMET

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera, saya Abdul Khafid b. Ismail lepasan jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Perkakasan) dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (FTKP),TATIUC amat berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah dan juga rakan-rakan yg terlibat seawal thun 2009 diatas ilmu yg diajar selama ini, pada peringkat Diploma dalam Kejuruteraan Pembuatan sehingga menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan pada tahun 2015.

Selepas beberapa bulan Majlis Konvokesyen pada Oktober 2015, saya mendapat beberapa tawaran pekerjaan daripada syarikat industri Automotive dan juga industri Oil & Gas. Salah satunya adalah dari Syarikat Mercedes Benz di Pekan, Pahang.


Saya merupakan anak kelahiran Terengganu dan dibesarkan berdekatan dengan kawasan Industri Oil and Gas. Berbekalkan Ijazah daripada TATIUC saya rasa amat bersyukur kerana mendapat tawaran kerja daripada salah satu syarikat Oil & Gas terkemuka iaitu PBJV Groups Sdn Bhd, juga dikenali sebagai Barakah Offshore Petroleum Berhad. Saya diberikan amanah dan jawatan sebagai Project Engineer di syarikat trsebut.


Saya juga amat berterima kasih kepada pensyarah saya, juga merupakan penyelia FYP (Final Year Project) saya iaitu Dr. Nor Bahiyah Baba yg telah melatih dan mencurahkan ilmu kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan FYP tersebut. Ini kerana saya banyak mengunakan ilmu tersebut dalam kertas kerja dan pengurusan saya ketika bekerja sebagai Project Engineer di syarikat tersebut.


Berbekalkan ilmu dan sedikit modal yang dikumpul semasa bekerja sebagai Project Engineer, saya menggembleng masa dan tenaga untuk membina sebuah syarikat sendiri dalam bidang Kejuruteraan Sivil. Walaupun bidang yang berbeza, ia tidaklah menjadi penghalang dan alasan untuk saya memulakan langkah sebagai usahawan di dalam bidang kejuruteraan. Pada October 2016 saya telah menjadi Pengarah di dalam Syarikat Faridaz Development Sdn Bhd untuk menguruskan perniagaan di dalam negeri Terengganu dan juga Pahang.


Kepada semua para-para graduan dam pelajar-pelajar TATIUC, janganlah berputus asa diatas usaha yang anda lakukan pada hari ini. Saya bukanlah berasal keluarga kaya dan berada, tetapi berbekalkan ilmu dan redha daripada Ibu Bapa dan guru-guru yang memberi ilmu dan dorongan, InshaAllah kite semua juga boleh berjaya. Akhir kata sebagai orang Islam, solat juga jangan lupa dan mesti ditunaikan setiap waktu walau sesibuk manapun keadaan. Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 

 


 

*Klik gambar untuk besarkan