BACHELOR OF MANUFACTURING ENGINEERING TECHNOLOGY (TOOLING) WITH HONOURS
R/521/6/0055 , A 8985, (6/2018)

Program ini sangat sesuai untuk para pelajar yang meminati bidang teknikal yang memberi penekanan pada aspek praktikal berbanding teori.

Program Bachelor of Manufacturing Engineering Technology (Tooling) ini memberi tumpuan kepada bidang teknologi kejuruteraan pembuatan secara ‘hands on’.Pelajar akan belajar untuk menggunakan pelbagai jenis mesin dan perisian yang berkaitan dengan pembuatan perkakasan, pengeluaran dan rekabentuk produk.

Graduan daripada program ini mempunyai keboleh pasaran kerja yang tinggi dan bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan.

Teras bidang pengajian

  1. Pembuatan dan reka bentuk perkakasan
  2. Operasi mesin & jentera pemprosesan
  3. Reka bentuk produk
  4. Perisian rekabentuk dan pembuatan berbantu computer (CAD & CAM)
  5. Penyelenggaraan alat dan acuan

Peluang pekerjaan

  • Jurutera Peralatan(Tooling Engineer)
  • Jurutera Proses
  • Pereka bentuk Produk
  • Perancang pengeluaran
  • Pengatur cara mesin CNC

Syarat Kemasukan

Malaysian University English Test (MUET) Band 2

DAN


Lulus STPM atau yang setara,  dengan  minimum Gred C  (NGMP 2.0) dalam mata  pelajaran  Matematik dan SATU (1) mata pelajaran Sains yang berkaitan;

ATAU

Diploma  Kejuruteraan  / Teknologi  Kejuruteraan  yang diiktiraf  atau  setara,  dengan PNGK 2.0 Minimum;

ATAU

Diploma  dalam  bidang Vokasional  dan  Teknikal  / Kemahiran  yang  berkaitan dan diikitiraf dengan PNGK 2.0 minimum.

Bagi Pelajar Antarabangsa:


Skor Test of English as a Foreign Language (TOEFL) 500

ATAU

Skor International English Languange Testing System (IELTS) 5.0

ATAU

Yang setara adalah diperlukan.