BACHELOR OF MANUFACTURING ENGINEERING TECHNOLOGY
(PRODUCTION MANAGEMENT)
WITH HONOURS
N/540/6/0008, MQA/PA 2033 , (8,2017)


Program ini sangat sesuai untuk para pelajar yang meminati bidang teknikal yang member penekanan pada aspek pengurusan industry pembuatan.

Program Bachelor of Manufacturing Engineering Technology (Production Management) ini memberi tumpuan kepada bidang pengurusan industry pembuatan berdasarkan keperluan industri. Pelajar akan belajar teknik pengurusan industry dan juga pelbagai jenis mesin dan perisian yang berkaitan dengan industry pembuatan. 

Graduan daripada program ini mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi dan bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan.

Teras bidang pengajian

  1. Pengurusan industri
  2. Pembuatan dan reka bentuk perkakasan
  3. Operasi mesin & jentera pemprosesan
  4. Rekabentuk produk
  5. Perisian rekabentuk dan pembuatan berbantu computer (CAD & CAM)

Peluang pekerjaan

  • Jurutera Pengeluaran
  • Jurutera Proses
  • Pereka bentuk Produk
  • Perancang pengeluaran

Syarat Kemasukan

Malaysian University English Test (MUET) Band 2

DAN


Lulus STPM atau yang setara,  dengan  minimum Gred C  (NGMP 2.0) dalam mata  pelajaran  Matematik dan SATU (1) mata pelajaran Sains yang berkaitan;

ATAU

Diploma  Kejuruteraan  / Teknologi  Kejuruteraan  yang diiktiraf  atau  setara,  dengan PNGK 2.0 Minimum;

ATAU

Diploma  dalam  bidang Vokasional  dan  Teknikal  / Kemahiran  yang  berkaitan dan diikitiraf dengan PNGK 2.0 minimum.

Bagi Pelajar Antarabangsa:


Skor Test of English as a Foreign Language (TOEFL) 500

ATAU

Skor International English Languange Testing System (IELTS) 5.0

ATAU

Yang setara adalah diperlukan.