DIPLOMA IN MANUFACTURING ENGINEERING (TOOL AND DIE DESIGN)
R2/521/4/0009 , A 6962 , (4/2021)

Program ini sangat sesuai untuk para pelajar  yang meminati bidang teknikal yang memberi penekanan pada aspek praktikal berbanding teori.

Program Diploma in Manufacturing Engineering (Tool and Die Design)ini memberi tumpuan kepada aspek mereka bentuk alat dan acuan secara‘hands on’ (lebih60% praktikal). Pelajar akan belajar untuk menggunakan pelbagai jenis perisian dan mesin yang berkaitan dengan rekabentuk alat dan acuan. 

Graduan daripada program ini mempunyai keboleh pasaran kerja yang tinggi dan bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan.

Teras bidang pengajian:-

  1. Reka bentuk dan pembuatan alat dan acuan
  2. Perisian rekabentuk dan pembuatan berbantu computer (CAD & CAM)
  3. Operasi mesin & jentera pemprosesan
  4. Penyelenggaraan alat dan acuan

Peluang pekerjaan:-

  • Pereka alat dan acuan(Tool Designer)
  • Pembuat alat dan acuan(Tool Maker)
  • Pembantu jurutera
  • Perancang pengeluaran
  • Jurumesin
  • Pengaturcara mesin CNC

Syarat Kemasukan


Lulus  Sijil  Pelajaran Malaysia  (SPM)  /  SPMV  dengan mendapat  sekurang-  kurangnya kepujian  dalam  tiga  (3)  mata  pelajaran termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains / Teknikal  /  Vokasional  dan  lulus bahasa Inggeris

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan  Malaysia  (STPM) atau  setara  dengan  mendapat sekurang- kurangnya   gred   C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran serta lulus Matematik, Bahasa Inggeris dan  satu  mata  pelajaran  Sains  / Teknikal  /  Vokasional  di  peringkat SPM (atau setara);

ATAU

Lulus   Sijil   Vokasional   dan Teknikal /  Kemahiran yang setara dengan  tahap  3  MQF  dengan mendapat PNGK 2.0 dan 1 tahun pengalaman  dalam  bidang berkaitan atau 1  semester  program  pengukuhan;

ATAU

Lulus  Sijil  Kejuruteraan  / Kejuruteraan  Teknologi  (Tahap  3 MQF)  dengan  mendapat sekurang-   kurangnya  PNGK  2.0;

ATAU

Kelayakan-kelayakan  lain yang diiktiraf setara.


Bagi Pelajar Antarabangsa:

Skor Test of English as a Foreign Language (TOEFL) 500

ATAU

Skor International English Languange Testing System (IELTS) 5.0

ATAU

yang setara dengannya