FUNGSI


Pusat Pengurusan Fasiliti Pengajaran Pembelajaran & Keselamatan adalah berperanan sebagaimana berikut:-

 

  • Dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap aset-aset fasiliti diurus dan dikawal dengan baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
  • Merekod aset dan inventori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di setiap fakulti-fakulti yang berkaitan.
  • Memantau secara rutin kesempurnaan penyelenggaraan fasiliti pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa.
  • Mengendalikan dan berurusan melalui aduan mengenai kemudahan fasiliti pengajaran dan pembelajaran.
  • Memudah cara pembelian dan pembaikian aset-aset fasiliti pengajaran dan pembelajaran.