PROFAIL PPFPPK

Pusat Pengurusan Fasiliti Pengajaran Pembelajaran & Keselamatan
TATI Universiti College

Pendahuluan

Pusat Pengurusan Fasiliti Pengajaran dan Pembelajaran (PPFPP) ditubuhkan pada 1 Februari, 2015 bertujuan bagi memberi tumpuan dalam menyokong TATIUC kearah Memacu Teknologi Terkini.

Pada Tahun 1 Febuari 2017 Pusat Pengurusan Fasiliti Pengajaran dan Pembelajaran (PPFPP) telah bertukar nama kepada Pusat Pengurusan Fasiliti Pengajaran Pembelajaran dan Keselamatan (PPFPPK), bagi memantapkan lagi hal-hal berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di TATIUC.

Pusat ini distrukturkan untuk mengekalkan standard dan kualiti cemerlang terhadap penyelenggaraan untuk semua peralatan, mesin atau jentera iaitu aset-aset yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di universiti ini. Mengendalikan permohonan pembaikian dan pembelian aset-aset berkenaan dari fakulti atau pusat pengajian bagi memastikan setiap pelajar berpuas hati dengan keadaan aset-aset yang akan digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Bangunan Pejabat Pusat Pengurusan Fasiliti Pengajaran Dan Pembelajaran

Tingkat 1, Bangunan Admin Lama, TATIUC.