PERUTUSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas keizinannya, laman web Pusat Pengurusan Fasiliti Pengajaran Pembelajaran & Keselamatan (PPFPPK) berjaya dibangunkan sepenuhnya. Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pentadbir laman web ini atas usaha merealisasikan kewujudannya.

Penubuhan PPFPPK berperanan tujuan utamanya adalah untuk memastikan setiap aset-aset fasiliti fakulti diurus dan dikawal dengan baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Pembangunan laman web ini bukan sahaja untuk menerangkan tentang fungsi PPFPPK sahaja tetapi ianya juga adalah untuk memberikan informasi berhubung perkhidmatan pusat ini sebagai medium komunikasi yang menyalurkan maklumat berkaitan aset-aset pengajaran & pembelajaran, sebagai pemudahcara antara jabatan-jabatan dengan fakulti-fakulti berkaitan kewangan dari segi pembelian, penyelenggaraan serta pembaikian aset-aset pengajaran & pembelajaran fakulti. Adalah diharapkan, laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak termasuklah warga TATIUC amnya dan fakulti-fakulti/pusat khususnya. Pihak kami turut mengalukan sebarang pandangan dan maklumbalas yang membina agar dapat meningkatkan lagi sistem perkihdmatan kami.

Akhir kata, PPFPPK beriktizam untuk terus komited memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada TATIUC. Semoga komitmen dan semangat kerja berpasukan antara kami bersama jabatan-jabatan dan fakulti-fakulti yang  berterusan akan memacu TATIUC ke arah teknologi terkini yang cemerlang.

 

ZAINAL ARIFFIN BIN SELAMAT
Ketua Pusat Pengurusan Fasiliti Pengajaran Pembelajaran & Keselamatan (PPFPPK)
TATIUC