GEJALA RASUAH

DEFINASI RASUAH

Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. “rasuah” ataupun “corruption” dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi di dalam undang-undang Malaysia.

Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi “bribery and corruption” sebagai perbuatan “giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward” John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley’s Law Dictionary memberi definisi “the Taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty”.

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:- “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.

SUAPAN
  1. wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

  2. apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

  3. apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

  4. apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

  5. apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

  6. apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

  7. apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;

Punca Utama Rasuah

Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman BPR, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh:

KESALAHAN RASUAH