DEMOKRASI
Maksud Demokrasi Dan Perbezaan Antara Demokrasi Langsung Dan Demokrasi Tidak
Langsung Dari Sudut Aliran Falsafah Barat.
a) Demokrasi berasal dari perkataan Yunani iaitu Demo-cracy. `Demo' bererti
rakyat atau masyarakat dan `cracy' bererti pemerintahan atau undang-undang.
Demokrasi memang sukar didefinisikan dan sering menyebabkan kontroversi. Tetapi
sejak kewujudan Athen demokrasi sering dimaksudkan sebagai kerajaan yang
diperintah oleh rakyat. Sebarang percubaan untuk mencipta maksud sebenar
demokrasi akan kurang mengelirukan jika ia tidak lari dari maksud asal demokrasi
ini.
Sejak dulu lagi banyak definasi demokrasi telah dirumuskan. Adakalanya terlalu
ringkas seperti kerajaan oleh rakyat untuk rakyat, satu bentuk kerajaan di mana
pemerintah bertanggungjawab keatas orang yang diperintah, atau kerajaan daripada
perbincangan. Jika kita kaji pendapat Plato dan Aristotle, kedua-dua berpendapat
demokrasi mewakili peraturan daripada kebanyakan rakyat, rakyat bagi mereka
kebanyakan terdiri daripada miskin dan jahil. Oleh itu, mereka yang tidak pandai
memilih untuk menindas yang kaya.
Demokrasi boleh dimaksudkan sebagai satu sistem politik yang boleh dikatakan
sebagai semua rakyat boleh buat sebarang atau keputusan yang penting tentang
polisi awam. Demokrasi sering digunakan atau diperkatakan sebagai melambangkan
kesamaan politik. Ini dapat di dilihat di mana demokrasi mempunyai sifat atau
dasar terbuka dalam politik di mana pertandingan parti-parti politik semasa
pilihanraya adalah terbuka. Sesiapa sahaja boleh bertanding secara terbuka.
Pemenangnya akan mewakili rakyat untuk menyatakan sebarang dasar atau keputusan
rakyat kepada kerajaan.
Tokoh-tokoh akademik dan politik turut memberikan beberapa maksud mengenai
demokrasi. Sarjana sains politik iaitu Robert A.Dahl demokrasi adalah suatu
sistem yang memberi peluang kepada rakyat jelata untuk melibatkan diri dalam
pembuatan keputusan atau pembentukan dasar. Sementara itu, C.F. Strong pula
memberikan maksud Demokrasi sebagai suatu corak kerajaan yang bergantung kepada
persetujuan dan keengganan ramai. Rakyat turut mengambil bahagian di dalam
pemerintahan melalui wakil dan rakyat yang mempunyai kedaulatan. Abraham Lincoln
pula menyatakan bahawa demokrasi merupakan kerajaan yang dipimpin oleh rakyat
untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan juga setiap
rakyat untuk rakyat yang meliputi undang-undang kebebasan bersuara dan juga
setiap individu mendapat hak yang sama.
Kesimpulannya maksud demokrasi memang sukar untuk dinyatakan. Ia sering
berlainan dari pendapat seorang kepada pendapat orang lain.
b) Demokrasi terbahagi kepada dua bentuk iaitu Demokrasi Langsung dan Tak
Langsung. Demokrasi langsung, ialah demokrasi di mana dalamnya rakyat terlibat
secara terus dalam penentuan dasar-dasar awam negara. Ini bermakna rakyat tidak
diwakili oleh sesiapapun untuk menentukan dasar kerajaan. Rakyat sendiri
menentukan dasar kerajaan. Selalunya semua rakyat perlu hadir atau bersama dan
mengambil bahagian sewaktu membuat dasar.
Demokrasi tak langsung juga dikenali sebagai demokrasi secara perwakilan. Ini
bermakna dasar-dasar kerajaan dibuat oleh orang atau organisasi-organisasi yang
dipilih oleh rakyat.
Di dalam demokrasi secara langsung tidak mempunyai sebarang parti yang mewakili
rakyat. Tetapi di dalam demokrasi tak langsung terdapat pelbagai parti. Contoh
salah satu sistem demokrasi tak langsung iaitu dalam demokrasi liberal, parti
yang menang, pilihanraya dengan majoriti dua pertiga dapat membentuk kerajaan.
Kuasa parti yang menang dalam melaksanakan sesuatu dasar lebih dipentingkan
berbanding parti yang kalah dan bilangan ahlinya kurang. Sedangkan dalam
demokrasi secara langsung semua rakyat berpeluang melibatkan diri dalam
pembentukan sebarang dasar.
Pilihanraya yang berlaku 4-5 tahun sekali sahaja dapat menukar pucuk pimpinan
dalam demokrasi secara tak langsung. Ini bermakna sebarang penyalahgunaan kuasa
sukar untuk dielakkan. Dalam demokrasi secara langsung tidak ada pilihanraya.
Olehitu sebarang penyalahgunaan kuasa dielakkan apabila rakyat mengundi untuk
mengubah pemimpin pada bila-bila masa sahaja.
Dalam demokrasi tak langsung mempunyai tiga badan atau tiga institusi iaitu
kehakiman, legislatif dan eksekutif. Institusi kehakiman tempat menyelesaikan
sebarang masalah warganegara atau badan sesebuah negara. Institusi legislatif
pula terdiri wakil-wakil, yang dipilih rakyat yang berperanan membuat, meminda
mahupun membatal sesuatu undang-undang mengikut kuasa yang ada pada mereka.
Institusi Eksekutif pula merupakan pusat utama kerajaan yang juga menentukan
polisi sesebuah negara. Manakala dalam demokrasi secara langsung terdapat dua
badan iaitu perhimpunan dan majlis. Majlis mempunyai keahlian yang mewakili
secara sama rata bilangan rakyat. Oleh itu tidak berlaku konflik yang tegang
antara kedua-dua badan tersebut.
Secara kesimpulannya, demokrasi secara langsung memang paling bagus untuk
dilaksanakan dalam sesebuah negara. Tetapi bilangan ramai yang banyak
menyebabkan tidak ada kemungkinan untuk melaksanakannya secara 100%. Demokrasi
secara tak langsung dianggap lebih praktikal kerana ia dapat mewakilkan seluruh
rakyat.