DEMOKRASI BERPARLIMEN
DI MALAYSIA
Asal kata Yunani. “Demo” bermaksud rakyat/masyarakat , “Cracy” bermaksud pemerintahan/undang2.Satu sistem politik yang membolehkan rakyat menentukan sebarang keputusan yang penting tentang polisi awam.
Pilihan raya merupakan mekanisma yang
memelihara amalan pemerintahan demokrasi di negara ini.
Semua
warganegara Malaysia yang layak di sisi undang-undang boleh membuang undi untuk
memilih calon yang
difikirkannya layak bagi mewakili diri dan pengundi-pengundi kawasan pilihan
raya mereka.
Pada umumnya
pilihan raya merupakan saluran rasmi rakyat (pengundi-pengundi) menyuarakan isi
hati terhadap kepimpinan sebelumnya dan harapan mereka kepada calon (atau parti)
yang bakal memimpin mereka.
Terdapat
tiga jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum, pilihan raya kecil dan pilihan
raya kerajaan tempatan.
Pilihan
raya umum boleh diadakan selewat-lewatnya lima tahun selepas piliharaya
terdahulu, selepas Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan tetapi boleh
dipercepatkan atas sebab-sebab tertentu.
Pilihan
raya negeri boleh diadakan berasingan dengan pilihan raya umum persekutuan mengikut peruntukan Perlembagaan
Persekuruan dan Negeri.
Wakil-wakil
Rakyat adalah mereka yang mewakili satu kawasan pilihan raya Parlimen manakala
Ahli Dewan Undangan Negeri mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri.
Wakil-wakil
Rakyat menganggotai Dewan Rakyat. Peranan utama mereka ialah menggubal
undang-undang negara, membicangkan hal-ehwal yang berkaitan dengan rakyat serta
menjaga amanah kewangan negara.
Bilangan
atau jumlah kerusi bagi kawasan pilihan raya Dewan Rakyat termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Perdana
Menteri boleh dilantik dari kalangan Wakil Rakyat manakala Ketua Menteri atau Menteri Besar dilantik dari kalangan
ahli Dewan Undangan Negeri.
Kedudukan
seseorang Yang Berhormat (Ahli DUN atau Ahli Parlimen) tidaklah sangat
teristimewa. Seseorang itu boleh terlucut dari jawatan tersebut sekiranya
tersabit dengan kesalahan-kesalahan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
walaupun masih lagi dalam tempoh memegang jawatan itu.
Badan
bebas dan berkecuali yang mengurus dan mentadbir proses pilihan raya ialah
Suruhanjaya Pilihanraya. Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tidak
semua warganegara boleh atau layak bertanding sebagai calon dalam pilihan raya
kerana terdapat beberapa syarat yang harus dipatuhi.
Dewan Negara adalah dewan tertinggi dalam negara dan anggota-anggotanya
dinamakan Senator atau Ahli Dewan Negara. Mereka dilantik berdasarkan
Perlembagaan. Tugas utama Senator ialah meneliti dan mengkaji serta meluluskan
rang undang-undang yang digubal oleh Dewan Rakyat sebelum dihantar kepada Yang
di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.
Mengikut Pindaan Perlembagaan 1980, Yang
di-Pertuan Agong hendaklah memperkenankan rang undang-undang yang diserahkan
oleh Majlis Parlimen dalam satu tempoh yang tertentu.