|
SEMENANJUNG
MALAYSIA |
|||
|
Melayu |
Cina |
India |
OrangAsli |
|
Banjar |
Hokien: |
Malayali |
Negrito |
|
Boyan |
Chuan-chew |
Punjabi |
Senoi |
|
Bugis |
Chin-chew |
Selon |
Melayu
Asli |
|
Jawa |
Eng-hua |
Tamil |
|
|
Kampar |
Eng-choon |
Telegu |
|
|
Kerinci |
Hok-chew |
|
|
|
Mendaling |
Kwangtung: |
|
|
|
Minangkabau |
Kanton |
|
|
|
Rawa |
Teochew |
|
|
|
Johor-Riau |
Hakka |
|
|
|
|
Hailam |
|
|
|
|
|
|
|
SABAH
|
SARAWAK |
|
· Kadazan ·
Bajau ·
Dusun ·
Murut ·
Bisaya ·
Kadayun ·
Orang Sungai ·
Suang Laut ·
Brunei |
·
Bidayuh ·
Bisaya ·
Iban ·
Kayan ·
Kedayan ·
Kelabit ·
Kenyah ·
Melanau ·
Melayu ·
Murut ·
Penan ·
Punan |
|
PENDUDUK |
LATAR
BELAKANG |
|
Tamil |
•
Berasal daripada Tamil Nadu •
Kumpulan etnik India yang terbesar di Tanah Melayu (80.0 peratus
daripada penduduk India di Tanah Melayu). •
Kebanyakannya bekerja di ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Ada juga
yang terlibat bekerja di dalam jabatan kerajaan. |
|
Malayali |
• Berasal
daripada pantai Malabar. Dikenali juga sebagai orang Malabari. • Merupakan
7.0 peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu, yang terdiri
daripada kelas pekerja dan kelas pertengahan. • Kebanyakan
kelas pekerja bekerja di ladang dan kelas menengah bekerja di dalam
perkhidmatan perkeranian dan profesional; terkenal dengan kedai
makanannya. |
|
Telegu |
• Berasal
daripada Andhra Pradesh • Merupakan 4.0 peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu. • Kebanyakanya
bekerja sebagai buruh di ladang-ladang. |
|
Sikh |
• Berasal daripada Punjab. • Kebanyakan terlibat di dalam pekerjaan di perkhidmatan polls dan keretapi, pengawal keselamatan, dan penternak lembu. Dikatakan perkhidmatan kereta lembu orang Sikh berperanan penting dalam pengangkutan di kawasan lombong bijih. • Mulai tahun 1920-an terdapat ramai orang Sikh terlibat dalam bidang perniagaan dan profesional. |
Latar
belakang penduduk Cina di Tanah Melayu
KELOMPOK
|
LATAR
BELAKANG
|
|
Hokien |
Terdiri drpd peniaga dan pekedai |
|
Kantonis |
Terdiri daripada pelombong dan tukang mahir (tkg. kayu, tkg. Kasut dan t. besi) |
|
Hakka |
Terdiri dprd pelombong |
|
Teochew |
Terdiri drpd. Pekedai dan peladang yg. Membuka ladang tebu, gambir dan lada hitam |
|
Hailam |
Terdiri drpd. Pekedai makanan dan pembekal keperluan domestik |
Latar
belakang penduduk Tanah Melayu
KAUM |
LATAR BELAKANG |
|
Orang
Jawa |
·
Penghijrahan
beramai-ramai akibat daripada dasar transmigrasi Belanda, iaitu
perpindahan penduduk daripada PulauJawa ·
Kebanyakan
mereka terdiri daripada pekerja di ladang-ladang kopi, getah dan di
kawasan tanah yang baru di buka. Dianggarkan pada tahun 1930 terdapat
170,000 orang Jawa di Singapura. ·
Di
Tanah Melayu kebanyakan orang Jawa terdapat di Johor (Muar, Batu , Pahat
dan Pontian), Selangor (Kelang, Kuala Selangor, Kuala Langat), dan Perak
(Hilir Perak, Krian, Parit Buntar). |
|
Orang
Banjar |
· Orang Banjar berasal daripada daerah Banjarmasin, Kalimantan. ·
Kebanyakan
mereka melibatkan diri dalam perusahaan tanaman padi. ·
Pada
tahun 1931 bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45,382 orang. ·
Kebanyakan
orang Banjar mendiami kawasan pinggir pantai dan lembah- lembah sungai
seperti di Kerian, Parit Buntar (Perak), Sabak Bernam , (Selangor) dan
Batu Pahat (Johor). |
|
Orang
Bugis |
·
Orang
Bugis berasal dari Pulau Sulawesi. ·
Mereka
merupakan golongan peniaga dan di Tanah Melayu mereka ramai menetap di
Perak, Selangor, Pahang dan Johor. · Di Johor kebanyakan orang Bugis tinggal di kawasan Benut, Kukup dan Rengit (daerah Batu Pahat), sementara di Selangor kebanyakannya terdapat di Lembah Langat. Di Perak orang Bugis merupakan golongan pedagang. |
|
Orang
Boyan |
·
Orang
Boyan adalah berasal daripada Pulau Boyan. ·
Kebanyakan
mereka berhijrah di Singapura, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau
Pinang. ·
Mereka
tertumpu di bandar-bandar besar kerana mereka mempunyai keahlian di
dalam memelihara kuda lumba |
|
Orang
Minangkabau |
·
Orang
Minangkabau adalah berasal dari Sumatra. ·
Di
Tanah Melayu tumpuan mereka adalah di Negeri Sembilan dan Melaka di mana
mereka dikenali sebagai pengamal Adat Perpatih. ·
Kebanyakan
mereka
terlibat dalam perniagaan dan pertanian. |