Berita Mutakhir
   
   
TATIUC Bina Penginapan Baru

TELUK KALONG - Kolej Universiti TATI (TATIUC) bakal memiliki sebuah kompleks penginapan penuntut baru yang serba lengkap dan boleh menampung 1,000 orang pada satu-satu masa, yang pembinaannya akan dimulakan penghujung tahun ini dan dijangka siap dua tahun lagi. 

Rektornya, Dr Mohd Rozailan Mamat @ Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan kompleks penginapan itu, sekali gus menyelesaikan masalah penempatan penuntut yang mereka alami sebelum ini. 

Menurutnya, kemudahan bangunan asrama yang ada pada masa ini tidak dapat menampung keperluan dan pertambahan penuntut yang semakin mendesak kerana TATIUC menerima banyak permohonan setiap tahun termasuk dari luar negara. 

Katanya, dengan siapnya kompleks penginapan itu nanti ia boleh menempatkan seramai 2,400 penuntut di dalam kampus utama TATIUC, manakala 200 lagi ditempatkan di asrama Pusat Latihan Antarabangsa (ITC) menjadikan 2,600 dapat ditempatkan dalam satu-satu masa. 

“Kami kini menggunakan semua kemudahan asrama yang ada termasuk turut menyewa beberapa bangunan di Awana Kijal untuk dijadikan tempat penginapan sementara penuntut. 

“Bagi pembinaan kompleks penginapan baru ini, TATIUC telah mempunyai tapak sesuai yang sesuai bagi pembinaan kompleks itu dan ia adalah sebahagian daripada infrastruktur asas yang dirancang untuk menaik taraf TATIUC sebagai sebuah universiti kemahiran penuh pada 2015 nanti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup Minggu Haluan Siswa TATIUC sesi 2011/2012 di kampus induknya di sini, malam kelmarin. 

Turut hadir, Timbalan Rektor Akademik dan Antarabangsanya, Dr Zunaidi Ibrahim dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Korporatnya, Tuan Haji Zulkifli Mohamad. 

Pada majlis itu, seramai 800 penuntut baru TATIUC telah melafazkan bacaan ikrar sebagai tanda bermulanya kehidupan baru sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi yang akan mengikuti pelbagai jurusan peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama. 

Sementara itu, Dr Rozailan berkata, TATIUC juga akan mengadakan satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan Yayasan Belia Nigeria bagi menjalankan kursus kemahiran jangka pendek peringkat sijil selama enam bulan di sini dan setiap tahun seramai 200 belia negara itu akan dilatih. 

“Pada pertengahan Ogos ini kumpulan pertama penuntut Nigeria seramai 50 orang akan mendaftar untuk mengikuti kursus kimpalan selama enam bulan. Beberapa kursus lain seperti automotif, elektrikal dan sebagainya juga diberikan,” katanya kepada Sinar Harian. 

Mengulas mengenai pengambilan penuntut pada tahun ini katanya, pada sesi kali ini TATIUC membuat pengambilan pelajar terbanyak dalam sejarahnya apabila seramai lebih 800 orang mendaftar bagi mengikuti kursus di peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama termasuk dari luar negara termasuk Indonesia, Arab Saudi dan Sudan.

 

 

 
 
Delegasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melawat TATIUC
 
Majlis Makan Malam Tahunan 2011 dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan 2010 TATIUC
 
TATIUC Menyertai Pertandingan Memasak Bubur As-Syura Peringkat Daerah Kemaman 2011
 
MoU antara PETMAL-TATIUC-UniMAP
 
Sambutan Hari Kualiti TATIUC 2011
 
Lawatan Akademik TATIUC ke Glyndwr University, UK.
 
Lawatan Akademik TATIUC ke Glyndwr University, UK.
 
MOA antara TATIUC dan University College of Dublin, Ireland.
 
Penyerahan Wang Zakat Bank Islam Kepada Pelajar TATIUC
 
Pertandingan Bowling KSKT
 
Majlis Gotong-royong TATIUC Kali Ke-2
 
Majlis Gotong-royong TATIUC Bersama Y.A.B Menteri Besar Terengganu
 
Konvokesyen TATIUC 2011
 
Kejohanan Boling TATIUC Dengan Pertubuhan Media Terengganu
 
Program 'Nigerian Youth Development'
 
TATIUC Ke Arah Universiti Kemahiran
 
Kolokium TATIUC - MIE Universiti
Mesyuarat TATIUC dan UCD
 
TATIUC Bina Penginapan Baru