create your own site for free

Kami menawarkan program Master, Ijazah, Diploma & Kursus Jangka Pendek

dekan

“FTKP menawarkan program-program dalam bidang teknikal. Konsep pembelajaran adalah secara 'Hands On". Graduan daripada bidang teknikal yang berkemahiran mempunyai kebolehpasaran pekerjaan yang tinggi.”

En. Kamarul Adnan B. Abd Aziz – Dekan FTKP
Telefon/WhatsApp : 012-970 1079 

Aktiviti Fakulti

Mobirise

Tentang Kami

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (FTKP) adalah salah satu dari empat fakulti yang ada di TATIUC.

Ditubuhkan lebih sepuluh (10) tahun dahulu dan menjadi fakulti pertama yang menawarkan program Teknologi Kejuruteraan peringkat Sarjana Muda dan Sarjana.

Fakulti dilengkapi dengan pelbagai mesin, peralatan dan perisian yang di perlukan untuk pembelajaran secara “hands-on” dan disokong oleh tenaga akademik yang berkemahiran dan mempunyai pengalaman industri.

Mobirise
Mobirise

Objektif Kualiti Akademik

Pembangunan Program
Memastikan semua program yang ditawarkan di TATIUC telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Memastikan perancangan mengajar yang diedarkan kepada pelajar adalah 100% berdasarkan silibus yang telah mendapat kelulusan KPT dan perancangannya dipatuhi oleh pensyarah sepenuhnya.

Pencapaian Prestasi Akademik
Memastikan kelulusan peperiksaan tidak kurang daripada 90% untuk setiap kursus yang ditawarkan.

Memastikan pencapaian 90% pelajar mendapat purata mata terkumpul (CPA) 2.5 dan ke atas bagi setiap semester.

Kepuasan Pelanggan
Memastikan hasil kajian kepuasan pelanggan menunjukkan sekurang-kurangnya 85% pelajar dan kakitangan berpuas hati dengan perkhimatan dan kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh fakulti/pusat pengajian/jabatan.

Memastikan semua pensyarah mendapat skor 4 dan ke atas di dalam kajiselidik Persepsi Pelajar Terhadap Prestasi Pengajaran Pensyarah/Pengajar bagi setiap semester.

Mobirise

Matlamat Penubuhan

Matlamat penubuhan FTKP ialah untuk menawarkan program-program dalam bidang teknikal yang berkonsepkan “hands on” pada peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.

Melahirkan tenaga mahir dan Juruteknologi (Technologist) dalam bidang pembuatan terutamanya dalam bidang alatan & acuan (tools & dies).

Menjalin hubungan dengan industri berkaitan bagi memastikan fakulti sentiasa relaven dengan teknologi dan keperluan industri.

Mobirise

Bachelor of Manufacturing in Enginerring (Tooling) With Honours - R/521/6/0055,6/2018,A 8985

Bachelor of Manufacturing in Enginerring (Product Design) With Honours - R/540/6/0008, O8/2022, MQA/FA 2033

SYARAT KEMASUKAN 

Malaysian University English Test (MUET) Band 2

DAN

Lulus STPM atau yang setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mata pelajaran Matematik dan SATU (1) mata pelajaran Sains yang berkaitan;

ATAU

Diploma Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf atau setara, dengan PNGK 2.0 Minimum;

ATAU

Diploma dalam bidang Vokasional dan Teknikal / Kemahiran yang berkaitan dan diikitiraf dengan PNGK 2.0 minimum.

Bagi Pelajar Antarabangsa:

Skor Test of English as a Foreign Language (TOEFL) 500

ATAU

Skor International English Languange Testing System (IELTS) 5.0

ATAU

Yang setara adalah diperlukan.

Mobirise

Diploma in Manufacturing Engineering Technology ( Tool & Die Making) R2/521/4/0009,4/2021,A6963
Diploma in Manufacturing Engineering Technology ( Tool & Die Design) R2/521/4/0009,4/2021,A6962


SYARAT KEMASUKAN

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV dengan mendapat sekurang- kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains / Teknikal / Vokasional dan lulus bahasa Inggeris

ATAU

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang- kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran serta lulus Matematik, Bahasa Inggeris dan satu mata pelajaran Sains / Teknikal / Vokasional di peringkat SPM (atau setara);

ATAU

Lulus Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran yang setara dengan tahap 3 MQF dengan mendapat PNGK 2.0 dan 1 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan atau 1 semester program pengukuhan;

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Kejuruteraan Teknologi (Tahap 3 MQF) dengan mendapat sekurang- kurangnya PNGK 2.0;

ATAU

Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.

Bagi Pelajar Antarabangsa:

Skor Test of English as a Foreign Language (TOEFL) 500

ATAU

Skor International English Languange Testing System (IELTS) 5.0

ATAU
yang setara dengannya 

Alamat 

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (FTKP
TATI University College (TATIUC)
Teluk Kalong, Kemaman
24000, Terengganu


Email dan Nombor Telefon

Email: kamarul@tatiuc.edu.my
Phone: +609-8601163
Fax: +609-8635863

http://tatiuc.edu.my/ftkp/